Most Viewed

Jumaat, 29 Oktober 2010

Ditinggalkan Pasangan

Sekiranya pasangan anda mempunyai tugasan di luar daerah, nyatakan padanya bahawa anda sangat risaukan keselamatannya. buat sedih sgt dan bagi tau dia , kerana cinta , anda telahmenyediakan pengawal peribadi khas… kemudian keluarkan hadiahkan dari belakang anda , seekor teddy bear untuk menjaganya sepanjang ketiadaan anda . gurau skali skala mmg patut... ketawalah bersama (Petikan daripada dinding FB Ust. Zawawi Jusoh)

Isnin, 25 Oktober 2010

Perancangan sepatutnya melebihi pelaksanaan


Sekali lagi berceloteh. setiap masa kita akan merancang sesuatu. samada perancangan itu adalah perancangan ringkas atau perancangan yang detail, segala perancangan yang kita buat hendaklah mengikut keperluan.
Sekiranya ingin keluar bersiar-siar menghabiskan masa lapang, kita sekadar menyediakan sedikit wang dan memikirkan perancangan dari segi tempat dan masa. itu sahaja.. tetapi jika ada sesuatu perkara yang agak memerlukan satu perancangan yang rapi, hendaklah kita merancangnya dengan lebih detail dan berkomitmen ke arah itu.
Kelak kita tiada masa lagi untuk merancang kerana semasa itu bukannya kita kena merancang lagi, tetapi kita kena laksanakan! tapi nak laksanakan macamana kalau tiada perancangan.
Perancangan dan persiapan kita dalam apa jua keadaan biasanya kena melebihi pelaksanaannya. Sebagai contoh, jika merancang untuk turun membeli makanan di kantin atau keluar dari rumah ke restoren untuk membeli sarapan. Perancangan asal ialah ingin  membeli tea o (80 Sen) dan sekeping roti canai (RM70 Sen). sebagai perancangan dan persediaannya kita sepatutnya memerlukan sekurang-kurangnya RM2. Itu pun yang paling minima kita kena sediakan. kalau tiada tea O dan hanya ada air tongkat ali cafe (RM2.50)? dan kalau tiada roti canai pada hari itu dan yang ada hanya nasi lemak berharga RM2.50?
ia tetap merugikan kita dari segi masa dan tenaga jika kita tidak merancang. kelak kita kena kembali ke ofis/rumah untuk mendapatkan duit tambahan. Berapa masa kita perlukan? Sudah berapa banyak minyak kita gunakan untuk kembali ke rumah mengambil duit tambahan.
Begitu juga perancangan dalam tugasan di pejabat. tanpa perancangan, kita sendiri juga yang akan rugi.  
Setiap aktiviti kena ada milestone dan checklistnya setiap masa. tidak boleh kita hanya tunggu dan lihat semata-mata setiap masa. kita tetap akan rugi.

Pilih lah samaada:
1. rehat dulu baru kerja dan kerja itu tak semestinya berjalan lancar... kita akan delay masa.
2. kerja dulu baru rehat dan jika kerja itu memerlukan banyak masa, kita masih ada masa lagi.

Mutiara Kata

Buatlah sesuatu dengan cara yang kita paling suka, suatu hari nanti orang akan buat sesuatu dengan cara terbaik yang kita suka.

Berkatalah sesuatu dengan cara yang kita paling suka, suatu hari nanti orang akan bercakap sesuatu pada kita dengan cara terbaik yang kita suka.
Jangan buat/katakan sesuatu yang kita tak suka orang buat/cakap pada kita, kerana bila suatu hari nanti orang akan ingat cara sebegitu adalah yang paling kita sukai.
Nanti kita sendiri yang akan dikembalikan apa yang kita telah lakukan.

Khamis, 21 Oktober 2010

Bila kita celik sekarang


Kita sekarang celik.
Orang kampong saya cakap kita semua celik IT, maju ke hadapan, dengan membina pelbagai perkara. Siap-siaga untuk membangunkan Negara, mencari harta, menambah ahli keluarga dan sebagainya.

Ini kerana kita celik sekarang. Kalau kita celik sebelum sekarang?
Kita celik sekarang dengan ditemani al-Quran yang telah tersedia satu set dari segi naskhah dan pedomannya. Kita lahir dan celik mata dan hati dengan disertakan dengan satu set lengkap al-Quran. Sebagai satu buku SOP. Buku bagaimana merencanakan sebuah mesin bernama manusia, berjenama melayu, berjenama  jawa, berjenama india, berjenama cina, berjenama asli dan sebagainya. Kita tidak celik pada zaman sahabat, iaitu para mukmin yang sempat hidup pada zaman rasulullah samaada mereka sempat bersua atau tidak. Kita tidak sempat melihat dan merasai macamanakah alquran itu sampai. Kita sekadar mendapat khabar berita yang disampaikan.
Kita bukannya membuka mata semasa para sahabat menghafal Hadis nabi. Bagaimana mereka menulis sabda di pelepah tamar. Bagaimana berita tentang nabi sampai kepada kita dengan beberapa nukilan daripada mereka yang terdahulu. Yang sampai kepada kita ada yang semestinya Soheh, yang rantaian penceritanya tidak terputus. Yang rantai penceritanya berakhlaq mulia, yang mustahil di kalangan mereka berpakat untuk menipu. Yang mustahil ada di kalangan mereka yang berniat jahat. Kerana mereka takut dengan sabda nabi. Mereka takut mereka-reka cerita yang disandarkan kepada rasulullah tetapi sebenarnya bukan, kerana mereka takut masuk neraka. Mereka takut kaum yang terkemudian akan sesat. Namun ada juga yang sampai kepada kita yang Dhoif, yang ada juga dikategorikan oleh Tarmizi sebagai hasan. Dalam banyak-banyak yang sampai kepada kita, ada yang disampaikan secara mutawatir. Begitu ramai yang membawa cerita yang sama dari segi maksud dan kata nya. Yang sudah tidak syak lagi mereka itu menipu. Ada juga yang ceritanya hanya datang kepada kita melalui satu saluran sahaja, tapi kuat dan beriman penceritanya. Hubungan penceritanya tidak putus di tengah jalan. Yang dinamakan Hadis Ahad.

Namun ada. Ada juga yang sampai kepada kita hanya rekaan. Yang maudhu’. Yang disandarkan kepada Rasul tapi bukan dari nya sedikit pun.
Kerana apa?
Kerana ada yang hipokrit. Kerana ada yang Murtad dan cuba menyesatkan. Kerana taksub terhadap sesuatu kaum, fahaman dan ikutan. Kerana penceritaannya mahsyur yang pada akhirnya di iktiraf sebagai hadis. Tapi ia palsu. Minta la kita dijauhkan daripada menerima maklumat yang batal ini.

Kita telah celik dengan banyak perkara telah diputuskan oleh orang hebat terdahulu. Mereka menggunakan Quran, Hadis, hipotetikal ijtihad, berqias, dan sebagainya. Kita telah terima yang siap. Seolah-olah pintu keputusan dan ijtihad telah tertutup.
Namun kita tidak sedar. Orang yang faham cerita dan pembawakan serta penulisan dan sebab musabab semakin hilang di bumi ini. Kita tersesat dengan banyak jalan yang terbuka luas. Jalan yang jelas bersuluh ada di hadapan mata tapi kita tiada pemberi petunjuk ke arah itu. Mereka telah kembali kepada Allah sedikit demi sedikit.


Salam Dari Lahad Datu

Adoih.....
Ya Allah....
Tidak pernah ku fikir untuk sampai di sini.. sepantas ini..
Turun jam 6.30 pagi tadi dari rumah, tinggalkan Wafi Zuhdi Almahi di taska dengan lambaian mesra yang tidak mengerti yang dia akan ditinggalkan beberapa hari.
Tinggalkan Manal Wafa dan Manal Sofee di sekolah dengan masing-masing memahami erti kerinduan.
Dari jam itu bermulalah journey to lahad datu..
Dihantar oleh isteri tersayang...
Untuk sampai ke sini, kali pertama terjadi pada ku, nama kami ber 4 disebut sebab flight dah nk berlepas. Siap kena marah lagi...
Sampai dilahad datu, ada salah satu beg kami tak sampai... Jam 6 Petang barulah ada berita gembira akan dapat mlm ni jugak. Lagi la nak tergelak bila melihat satu tong besar ditimbang semasa di KLIA tadi. berat barang-barang dekat2 nk sampai limit. 75kg!!

Sepanjang selepas ramadhan, aku masih tidak berkesempatan untuk berlama-lama di rumah. Seolah-olah ramadhan bulan merancang, syawal dan seterusnya bulan pelaksanaan.

Ada saja program keluarga dan pejabat.

Sudah beberapa kali hujung minggu tak berada di rumah.
dan beberapa minggu akan datang juga besar kemungkinan tiada di rumah.

Selepas lahad datu, Kuching pula memanggil, Lepas tu Si Jamilah Kota Kinabalu menagih rindu... Lagi pulak Pulau Wan Man melambai-lambai sayu, Diakhiri dengan Balai Islam mendayu-dayu menyeruku, Seolah-olah masih merinduiku.
Aku tetap merindui Balai Islam di mana aku berpeluang berjumpa dengan orang yang aku idamkan.
Di situlah aku mengenali Qari-qari tersohor, yang tidak pernah kehabisan ilmunya untuk kupelajari.
Sudah ada pun yang pergi dahulu mengadap ilahi...
Segala ilmu yang dipelajari akan diingati dan diamalkan... moga diwarisi oleh anak cucu kelak..

Ahad, 17 Oktober 2010

Aku rindu...

2 hari jugak saya termenung untuk memulakan pengisian blog yang masih kosong tiada nukilan. Terlintas sesuatu di benak, adakah ia sesuai? Adakah ia bermanfaat? Dalam hati pula mencadangkan agar dikongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada.

Perjalanan hidup seharian sudah semestinya ada likunya dan pasti juga ada bunganya. Tapi sampai bila kita cuba berkongsi cerita peribadi yang sekadar cerita semata-mata. Sesekali boleh juga bercerita berkenaan sesuatu perkara sebagai halwa mata dan gurisan kenangan untuk mengajaran, muhasabah dan pembelajaran kepada diri dan pembaca.

Ada suatu hari saya sempat bersembang dengan seorang kenalan lama. Bertukar cerita dan perkembangan Terbaru mengenai diri masing-masing. Amatlah kami akui bahawa kami bukannya susah untuk bersua tetapi dek kerana kesibukan dengan urusan keluarga dan kerjaya sentiasa saja menangguhkan pertemuan. Kadang-kadang hampir berlaga bahu pun tidak sempat menyapa juga.

Teringat juga kepada kawan-kawan lama yang tiada khabar berita dan cerita. sama-sama membesar, sama-sama berkejar, sama-sama belajar, sama-sama

Isnin, 11 Oktober 2010

Teman sejati

Selama Ini
Ku Mencari-Cari
Teman Yang Sejati
Buat Menemani
Perjuangan Suci

Bersyukur Kini
Padamu Ilahi
Teman Yang Dicari
Selama Ini    
Telah Kutemui

Dengannya Disisi
Perjuangan Ini
Senang Diharungi
Bertambah Murni
Kasih Ilahi

Kepada Mu Allah
Ku Panjatkan Doa
Agar Berkekalan
Kasih Sayang Kita

Kepadamu Teman
Ku Pohon Sokongan
Pengorbanan
Dan Pengertian
Telah Ku Ungkapkan
Segala2 Nya

Selama Ini
Ku Mencari-Cari
Teman Yg Sejati
Buat Menemani
Perjuangan Suci

Bersyukur Kini
Padamu Ilahi
Teman Yang Dicari
Selama Ini
Telah Kutemui

Teman, Bersamalah Kita Semaikan Persahabatan Ini Dengan Keimanan Teruskanlah Perjuangan Pengorbanan Dan Kesetiaan

Dengannya Disisi
Perjuangan Ini
Senang Diharungi
Bertambah Murni
Kasih Ilahi

Kepadamu Allah
Ku Pohon Restu
Agar Kita
Kekal Bersatu

Kepada Mu Teman
Teruskan Perjuangan
Pengorbanan Dan Kesetiaan
Telah Ku Ungkapkan
Segala-Gala Nya
Itulah Tandanya
Kejujuran Kita

Kasih Sayang Kita (All)

Ku Mencari-Cari
Teman Yang Sejati
Buat Menemani

Perjuangan Suci

Telah Ku Ungkapkan Segala2 Nya

Dan Itulah Tandanya Kejujuran Kita

Rabu, 6 Oktober 2010

Aku datang

Hari ini aku datang...

membawa banyak harapan
berkongsi penulisan...
untuk sekarang
untuk masa hadapan
dari masa yang belakang
untuk tatapan
aku dan korang.....